10 Aktiviti Bulan Kemerdekaan Untuk Pelajar Sekolah

Anda mesti pernah melalui bulan kemerdekaan waktu sekolah kan? Ingat tak apa aktiviti patriotik kegemaran korang masa itu? Dalam artikel ni, admin akan kongsikan 10 aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan semangat patriotisme di dalam kalangan pelajar sekolah dalam bulan kemerdekaan ini!

1. Pertandingan Melukis & Mewarna Jalur Gemilang

Admin yakin aktiviti ni mesti semua pelajar pernah sertai kan? Aktiviti paling mudah tapi efektif untuk menyuntik semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah. Melukis dan mewarna akan memberi impak yang besar kepada barisan pelajar yang menyertai pertandingan ini kerana hadiah akan diberikan kepada lukisan yang paling kreatif! Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai pertandingan melukis yang dianjurkan oleh Pandai!

2. Perarakan Kemerdekaan

Perarakan Merdeka adalah antara aktiviti yang wajib dijalankan pada tanggal 31 Ogos. Jadi, pelajar sekolah mempunyai pilihan untuk menyertai perarakan peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Kebiasaannya, perarakan ini akan dijalankan serentak dan pelajar digalakkan untuk memakai pakaian bertemakan kemerdekaan Malaysia.

3. Pameran Sejarah​​

Masih ingat perasaan pertama kali anda sebagai pelajar melawat muzium ataupun pameran? Mesti rindu perasaan teruja untuk melihat artifak-artifak ataupun fakta mengenai sejarah Malaysia pada masa itu. Jadi admin menggalakkan pelajar semua untuk melawat pameran sejarah bagi meningkatkan semangat patriotisme sementara pameran ataupun muzium masih percuma! Hehe

4. Poster Kemerdekaan

Poskad kemerdekaan sememangnya sinonim dalam bulan Ogos ini. Banyak penganjur yang menjalankan pertandingan ini dan tidak dilupakan, sekolah juga turut sertai aktiviti ini agar semangat patriotisme dapat ditingkatkan dan disemai dalam kalangan pelajar sekolah.

5. Aktiviti Kesenian Tradisional

Tarian Tradisional semakin lapuk ditelan zaman tambahan lagi dengan keadaan teknologi yang hanya mahukan hiburan semata dan tiada unsur kesenian yang diterapkan dalam sebuah tarian tersebut. Dengan mempromosi aktiviti tradisional seperti persembahan tarian kuda kepang, wayang kulit dan zapin, pelajar akan didedahkan dengan kesenian tulen tradisional yang boleh jadi batu lonjakan untuk pelajar memahami dengan lebih mendalam. Jadi, pelajar sangat digalakkan untuk menyertai aktiviti kesenian tradisional supaya warisan Malaysia kekal terpelihara.

6. Lawatan Ke Tempat Bersejarah

Masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan tapak bersejarah yang masih dipelihara oleh UNESCO and juga kerajaan Malaysia supaya dapat diambil iktibar dan pengajaran untuk masa depan. Pelajar juga sangat tertarik dengan lawatan sambil belajar peringkat sekolah yang biasanya dianjurkan secara tahunan di A Famosa, Melaka contohnya. Selain meningkatkan semangat patriotisme, pelajar dapat menghayati sejarah Malaysia yang pelbagai agar dapat disampaikan kepada generasi seterusnya.

7. Majlis Sambutan Kemerdekaan

Pelajar mesti suka kalau ada majlis rasmi di sekolah kan? Sebab tak perlu masuk ke kelas dan belajar seperti biasa sehingga waktu yang ditetapkan. Jadi, sewajarnya pihak penganjur merangka dan memastikan semua pelajar terlibat dan mengambil bahagian di dalam majlis tahunan ini. Antara aktiviti yang biasanya dijalankan adalah ucapan patriotik, nyanyian lagu patriotik dan juga pidato dan sajak berkaitan dengan kemerdekaan.  Jadi wajarlah majlis kemerdekaan ni memberi impak dan makna patriotisme dalam kalangan pelajar dengan lebih efektif.

8. Larian Merdeka

Apa manfaat larian merdeka ni? Mungkin ada yang tidak tahu ataupun tiada maklumat mengenai “Merdeka Marathon” ini. Selain itu, kepentingan larian ini dapat mempromosi kesihatan dan kecergasan di kalangan peserta. Larian Merdeka juga mendapat sambutan dikalangan pelajar selain mempunyai permintaan yang tinggi daripada orang awam. Oleh itu, pelajar boleh manfaatkan larian ini dengan menghidupkan semangat patriotisme yang malap dengan penghimpunan rakyat dari berbagai lapisan masyarakat dan menggalakkan kepelbagaian dan kekuatan komuniti.

9. Pertandingan Debat

Tidak ramai yang tahu mengenai kelebihan berdebat di dalam kalangan pelajar. Ini kerana dengan berdebat, ia dapat membuka ruang untuk membicarakan isu-isu penting berkaitan kemerdekaan dan pembangunan negara. Admin harini nak kongsikan sedikit tentang kelebihan Pertandingan Debat. Selain daripada meningkatkan kemahiran berkomunikasi, ilmu mengenai kemerdekaan juga boleh ditingkatkan. Juga, pelajar yang tidak menyertai pertandingan debat mungkin tidak nampak akan kebaikan yang boleh dimanfaatkan dan mungkin akan ketinggalan dalam setengah perkara.

10. Pertunjukan Drama Sejarah

Ramai suka kan menonton drama seni teater macam ni? Apatah lagi apabila drama tersebut mengenai Bukit Kepong sebagai contoh, yang dilakonkan semula oleh pelajar itu sendiri. Sketsa sebegini boleh menimbulkan minat dan pemahaman yang mendalam mengenai sejarah Malaysia. Jadi sewajarnya, guru dan pihak berkenaan menghidupkan semula drama seni teater yang berunsurkan sejarah malaysia sebegini yang sememangnya menjadi perhatian ramai pelajar.

Kesimpulan

Ramai suka kan menonton drama seni teater macam ni? Apatah lagi apabila drama tersebut mengenai Bukit Kepong sebagai contoh, yang dilakonkan semula oleh pelajar itu sendiri. Sketsa sebegini boleh menimbulkan minat dan pemahaman yang mendalam mengenai sejarah Malaysia. Jadi sewajarnya, guru dan pihak berkenaan menghidupkan semula drama seni teater yang berunsurkan sejarah malaysia sebegini yang sememangnya menjadi perhatian ramai pelajar.

Jangan lupa untuk menyertai Semarak Merdeka Colouring Contest!

Terbuka kepada SEMUA pelajar sekolah di Malaysia berumur 7-17 tahun
Pendaftaran PERCUMA!
Muat naik karya di Media Sosial
Hadiah bernilai sehingga RM10,000

Pertandingan istimewa ini akan berlangsung pada :
11 Julai sehingga 31 Ogos 2023


 

Log in or Sign Up at www.pandai.org 
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?